Tuesday, November 18, 2008

Perkahwinan

Perkahwinan

Setiap manusia yang bergelar wanita atau lelaki akan mempunyai keinginana untuk berumah tangga dan memiliki keluarga bahagia,persoalan nyer mampukah kita memiliko orang yang kita sayang?

Untuk memiliki orang yang kita sayang kita hendak lah berusaha dan bertawakal kepada Allah,namun apa yang penting dahulu kan Allah daripada segala nya insya allah hidup kita akan diberkati.




Perkahwinan adalah begitu indah kerana ia adalah penyatuan dua jiwa,dua hati yang akan bersatu menjadi satu,ia juga melibat kan perasaan kasih sayang,menyintai antara satu sama lain,memahami keadaan pasangan dan bertolak ansur.Bagi mereka yang betul-betul telah menemui cinta sejati mereka,pasti mereka mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan.







Sebelum Hari Persandingan pasangan akan melalui satu upacara yang dinamakan akad nikah.




Akad nikah adalah perkara yang paling penting bagi pengantin kerana pada majlis ini lah yang akan mengakhiri zaman bujang nyer dan telah bergelar suami isteri.Pada majlis ini jug adalah saat paling gementar bagi kaum lelaki.Saat yang mendebarkan. Barang –barang hantaran seperti wang belanja, sama ada dengan mas kahwinnya sekali atau tidak dan barang-barang hantaran, seperti cincin akan dihitung dan diperiksa oleh tuan kadi bersama dua orang yang dilantik sebagai

saksinya bagi mewakili pihak perempuan. Sekiranya ia bukan majlis akad, bererti tuan kadi tidak hadir sama di majlis tersebut, wang dan barang-barang yang dihantar akan diterima oleh seorang wakil dari pihak perempuan beserta dua orang saksi yang dipilih dari kalangan tetamu yang hadir di majlis tersebut. Setelah selesai adat penerimaan kesemua wang dan barang-barang tersebut, tepak sirih, talam bunga rampai dan perenjis air mawar akan ditinggalkan di ruang tamu, manakala barang-barang hantaran yang lain akan dibawa masuk ke dalam bilik pengantin. Mempelai kemudiannya akan diminta duduk di atas sebidang tikar sila khas yang dihias indah untuk upacara akad. Tuan kadi akan memulakan majlis dengan mendaftarkan nama mempelai itu terlebih dahulu, diikuti dengan menyatakan dan menyemak segala syarat-syarat yang dikehendaki dan akhir sekali membaca khutbah nikah dalam bahasa Arab. Setelah selesai khutbah nikah itu dibacakan, maka tuan kadi akan memanggil dua orang yang telah dipilih sebagai saksi di dalam buku daftar nikah untuk duduk berhampiran dengan mempelai. Tujuan saksi dipanggil adalah untk mendengar dan menyaksikan pengakuan lafaz nikah daripada tuan kadi kepada mempelai. Lafaz tersebut perlulah dibalas dalam satu nafas serentak dengan penyudah sebutan lafaz nikahnya apabila tangan mempelai itu digoncang oleh tuan kadi.

Tuan kadi akan memegang tangan kanan mempelai itu dengan tangan kanannya, atau lebih mudah lagi dikatakan berjabat tangan kanan, lalu dimulakan akad dengan melafazkan kata seperti berikut: "Hai polan bin polan, aku nikahkan dikau dengan polan binti polan, yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwin sebanyak $.... (tunai atau hutang) dan belanjanya sebanyak $....”. Sebaik sahaja perkatan yang akhir itu habis dilafazkan, tuan kadi akan menggoncang tangan mempelai tersebut dan dengan serta-merta pada saat tersebut mempelai dikehendaki menjawab dalam satu nafas dengan terang, jelas dan betul serta boleh didengar oleh tuan kadi dan kedua-dua saksi. Jawapan lafaznya adalah seperti berikut : "Aku terima nikahnya polan binti polan dengan mas kahwin sebanyak $.....(tunai/hutang)”. Sekiranya mempelai tersebut menjawab dengan lambat, teragak-agak atau tidak terang, maka tuan kadi akan mengulangi sekali atau beberapa kali lagi lafaz akad tersebut sehingga dia dan kedua-dua saksinya berpuas hati dengan jawapan mempelai itu.

Setelah selesai, doa akan dibacakan oleh tuan kadi. Mempelai kemudiannya akan bangun bersalam-salaman bermula dengan tuan kadi, kemudian bapa rnertuanya, dan akhir sekali dengan tetamu yang hadir sebelum diarak pulang ke rumahnya. Bunga rampai dan sirih pinang yang dibawa oleh mempelai akan dibahagikan kepada tetamu yang hadir selepas jamuan diadakan manakala bekas-bekas kuih dan juadah serta buah-buahan yang diterima dari pihak lelaki akan dibalas oleh pihak perempuan dengan balasan yang berpatutan dan akan dibawa pulang oleh pihak lelaki ke rumah mempelai. Setelah mempelai berarak pulang, jamuan akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Biasanya di majlis akad nikah, kenduri secara besar-besaran tidak diadakan. Pihak pengantin perempuan hanya mengadakan jamuan kuih-muih atau nasi tetapi jenis dan bilangan lauk-pauknya tidaklah sebanyak lauk-pauk sewaktu kenduri bersanding. Ini kerana biasanya majlis akad tidak dihadiri oleh ramai tetamu luar, melainkan saudara-mara dan ahli keluarga.




Pengantin juga tidak dilupakan dengan upacara makan beradab

,lazimnya upacara makan beradab ini dilakukan selepas pengantin berarak sambil diiringi kompang.Pada masa ini juga adalah digallkan saudara mara atau ibubapa menemani pengantin makan beradab.

Perkahwinan perlu

lah dirancang supaya sem

ua proses upacara dapat dijalankan dengan sebaik-baik nya.Bersanding adalah upacara kemuncak dala

m adapt istiadat perkahwinan,ia merupakan detik paling sejarah dalam hidup s

eseorang terutamanya kaum wanita/Hawa.Pada hari inila semua tetamu dat

ing untuk mengujungi pengantin bagi meraikan

pengantin.

Pukulan kompang adalah bagi mymbut kedatangan pengantin sehingga mempelai duduk diatas pelamin,Sebaik sahaja paluan kompang dihentikan ,bungga manggar kebiasanya kan menjadi tarikan kepada kanak-kanak untuk mendapat kan nya.Dan pada saat itu lah orang ramai kan tampil kehadapan bagi menapung mawar kepada pengantin.

Dan Disaat selesainya majlis Perkhawinan maka sesi fotographi pun bermula.






Setinggi Penghargaan Buat Farhana dan Suami

Monday, November 17, 2008

Jambu Batu


JAMBU BATU

Jambu batu juga adalah bagus untuk menurunkan kadar kalestrol dalam badan manusia,Terdapat kajian yang mengatakan Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Kadar yang disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.



Kesihatan

Epal

Tahukah anda dengan memakan sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak - kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.Epal Hijau amat bagus untuk tubuh badan manusia kerana epal hijau boleh mengurang kan masalah kalestrol dalam tubuh badan.Jika seseorang mengamal kan program diet,Epal hijau adalah saranan terbaik untuk mengurangkan kalestrol dalam badan.